Friday, October 30, 2009

Sepetang Di Pinggir Bukit

Makanan ruji rakyat Malaysia adalah nasi. Ia berasal dari beras, dan beras berasal daripada pokok padi. Sementara makanan ruji ayam adalah jagung, dan jagung adalah berasal dari pokok jagung. Sampai hari ini aku masih tak berapa faham, kenapa kami para pejuang Dip Tani dikehendaki menanam jagung, yang bukan makanan ruji kami. Sampai dua semester pulak tu. Sepatutnya ayam lah yang kena tanam jagung, bukan kami, kelihatannya seperti ada konspirasi peringkat tertinggi yang dilakukan oleh para ayam terhadap kami. Tapi bukan itu ceritanya.

Jagung adalah sejenis tumbuhan monokotileon, nama saintifik Zea Mays saccharata, Dari family GRAMINEAE, satu family dengan rumput, lalang juga padi. Family GRAMINEAE sekarang ni telah ditukar nama kepada family POACEAE. Seperti komando, menanam jagung juga memerlukan kami berjuang diperbatasan. Bersenjatakan mesin Tasun sebagai pembuat furrow, dan mesin Kubota sebagai pembuat plough , untuk kasi gembur tanah. Tapi bukan itu yang nak di surahkan.

Satu hari dalam tahun 1993, entah baik punya taiming, atau mungkin juga atas konspirasi oleh para pegawai ladang, kami para pejuang Dip Tani telah diarahkan untuk harvest jagung ngam-ngam dipertengahan bulan ramadhan. Nak harvest sebelum bulan puasa, jagung masih putik, nak harvest lepas raya, jagung dah tua sangat, tak bleh nak makan. Jadi terpaksalah buat juga.

Group aku yang pompuan-pompuan ntah kat mana, tengah makan megi kat bilik kot, tinggallah yang jantan-jantan, aku, Kudult, Boroi dan Colort. Dari lepas subuh kitaorang dah berada diperbatasan. Matahari dah tegak di kepala, cuma beberapa baris saja yang telah setel. Banyak lagi ropanya yang nak kena buat.

Dari sebalik helaian daun pokok jagung, kelihatan beberapa group lain turut tengah berjuang. Juga kelihatan dari group masing-masing, kelompok asap naik ke atas. Tengah membakar jagung lah tu gamaknya. Group jiran, geng bebudak Third College, baik punya berkepul, mesti Landak yang jadi penyelaras majlis tu. Group budak Seventh lagi lah pulak, group paling hantu, besar punya kepulan, mesti Azhan tengah bakar ayam curi ni. Group aku ada juga bakar, tapi kecil-kecilan saja. Maklumlah, stok makanan banyak lagi, hundred plus dua botol besar disamping roti cap ntah hapa berperisa coklat. Cukuplah, supply tiga orang. Colort sebagai orang Rawa berketurunan ulamak, iman tebal, puasa.

Sekonyong-konyong datanglah satu akak tudung labuh naik motor menghala ke group kami nak beli jagung. Aku dgn Boroi yang gelabah telah menyorokkan semua makanan kedalam longgokkan jagung, yang setinggi busut jantan. Kudult sibuk padam asap. Setel. Colort sebagai orang yang sekufu dengan akak tudung labuh telah incas layan customer tu. Boroi dengan muka tersengih-sengih blah lebih awal, kengkonon nak pegi check pokok jagung, mungkin telah menjangkakan suatu yang buruk akan berlaku.

Akak tudung labuh nak jagung sekian ringgit, Colort pilihkan. Ntah kenapa agaknya, beliau telah berasa tak berapa puas hati, turun dari motor dan pegi pilih sendiri jagung yang berlonggok tu. Selak punya selak, dia sudah terpegang botol air hundred plus kami. Mata bertentang mata. Aku dengan Kudult sudah terlompat sambil menjerit sambil lari pecut keluar dari pondok, tak toleh belakang lagi, selamatkan diri masing-masing, nyorok celah pokok jagung. Kami terpisah. Kudult ntah kat belah mana menyorok. Boroi mungkin tengah meniarap agaknya.

Selang beberapa minit dengar bunyi motor dihidupkan, dan mula bergerak. Akak tudung labuh sudah blah. Kami bertiga keluar dari tempat persembunyian, muka tersengih-sengih tak tau nak buat macamana. Colort kat pondok tengah maki maki, ntah hapa yang dicarutkannya. Jahanam punya member. Menurut cerita Colort, lepas akak tu jumpa makanan kami, dan aku cabut lari, dia sudah kutuk sama Colort. Dia kata, biasalah dikk, kerja bulan puasa memang teruk, sambil jeling sinis ustazah. Colort tak tau nak jawab. Gugup. Mesti akak tudung labuh mati-mati tak caya kalau dia cakap dia puasa. Kami bertiga gelak gila babi kat Colort. Gelak takde maaf punya. Sampai hari ni dia tak puas hati.

Wednesday, October 28, 2009

Hobi Kami Di Waktu Lapang

Para kanak-kanak Dip Tani ni selalunya mempunyai hobi yang pelik-pelik, dan tempat untuk mereka melampiaskan hobi mereka juga turut pelik-pelik. Contohnya gambar diatas. Tempat ini dinamakan sebagai kandang kambing. Tu sebab muka satu-satu pun dah macam kambing, bau toksah cerita lah, kambing pun segan nak hidu. Brader yang berdiri disebelah abang hensem di sebelah kanan tu, nama dia Choco aka. Roestam Effendi Sijar, sedang mengejas kedudukan berdiri beliau agar kelihatan lebih fotogernik, tapi gagal. Turut kelihatan didalam gambar disebelah kiri adalah seorang pensyarah wanita (yang sedang sarat mengandung) bersama anaknya.

Beberapa second setelah gambar ini diambil, satu kegemparan telah berlaku. Seekor kambing yang sedang dimandikan oleh Boroi dengan dibantu oleh Colort telah terlepas. Kambing dimandikan sebab nak kasi bunuh kutu. Korang paham-paham jelah, kambing nak dimandikannya, terkejutlah mamat tu. Lantas terlepas, dan berlari keliling kandang, uncontrollable. Last sekali kambing telah termasuk kedalam kain pensyarah yang sedang sibuk cuba menyelamatkan anak keciknya yang telah melolong ketakutan. Kambing duduk dalam kain sambil menyondol-nyondol. Para kanak-kanak telah bertempiaran lari. Boroi dengan muka pucat telah berjaya mengeluarkan kambing dari dalam kain pensyarah. Dijangka itulah kali terakhir pensyarah berkenaan menjejakkan kaki kekandang kambing tersebut.

Kisah Pekerjaan Saya

Sebelum saya berjaya menjawat jawatan sebagai seorang komando, berbagai-bagai pekerjaan telah saya lakukan. Antaranya adalah sebagai pemandu kapal korek. Gambar diatas adalah sebagai bukti antara kapal korek yang telah berjaya saya pandu.

Friday, October 23, 2009

1Malaysia

The real 1Malaysia. Banjar, Rawa, Jawa. Start daripada tengok gambar ni la aku rasa PM kita dapat idea 1Malaysia tu. Aku rasa laaa..

Sapa punya lagi besar?

Of course la aku punya lagi besar. KO, harap badan je besar, yang lain semua kecik. Aku rasa KO ni genius dalam industri fesyen la, sebab baru ni aku nampak anak buah aku pakai topi style macam dia ni. Peh! 18 tahun mendahului zaman tuu, bijak, bijak..

Monday, October 19, 2009

Siri Jentera Berat Ladang 1


Plate: WAY2219
Nick: Rock Hudson
Tuan punya: Akeh
Sinopsis: Tagline jentera ni adalah "bunyi macam ribut, lari macam siput". Selalu guna untuk angkut baja, dedak, disamping ayam dan sayur-sayuran untuk dijual ke sekitar UPM dan pasar malam Serdang. Rekod bersih, ada lesen besar di UPM, sentiasa lepas depan pondok pak guard, pasal diaorang dah malas nak layan, kasi lepas ajelah. Bentuk aerodinamik tempat duduk belakang sering disalah guna oleh kengkawan untuk bawak awek sambil main brek depan (terutama Kudult). Terkini, masih bernaung dibawah pemilik asal. Bangkai masih jelas kelihatan di Kampung Parit Jamil, tapi cuma tinggal enjen yang ada nombor casis aje. Pernah di jual oleh ibu pemilik tanpa kebenaran kepada mat Indon, namun selepas beberapa tahun ditemui semula tersadai di Balai Polis Parit Jawa, sebab masa road block mat Indon telah lari tanpa sempat membawa sekali jentera ini. Lepas enam tahun di tebus semula oleh pemilik asal atas dasar sentimental value.

Saturday, October 17, 2009

Man Of War

The soldier


The battleground


The mission


The reward



Friday, October 16, 2009

Sekali dip tani, selamanya dip tani..

Blog ini adalah untuk semua pejuang, alumni Diploma Pertanian UPM Serdang graduate 1994 , yang telah bersumpah pada tahun 1991, di dewan keramat pejabat ladang, dihadapan sakalian pak guru, dan berjanji dengan hati dan jiwa, untuk menghambakan diri kepada tanah, tanpa kompromi dan atas apa jua alasan. Dari tanah kita datang, kepada tanah kita kembali. Lets rock...