Wednesday, November 11, 2009

Dan Calon-calonyaa...

Ini lah masaalahnya kalau orang jarang dapat pakai baju lawa-lawa. Sesekali di bagi peluang, nak ambik gambar pun siap pakai minyak wangi. Kasut mesti ada stokin punya lah. Muka dah macam barisan ketua kampong. Din Jawa tu ropa dah macam Rhoma Irama pun ada. Tapi KO tetap maintain jambu. Anak ikan lee katakannn.

Monday, November 9, 2009

Kita Operasi!!

Hari masih muda, masih di awal pagi. Kabus belum hilang sepenuhnya. Kelihatan kanak-kanak Dip Tani dari pelbagai group sedang sibuk melayan anak masing-masing. Ada yang sedang memberi makan, ada yang sedang menyapu sampah, mengemas rumah, menukar lampin, mahupun memberi arahan kepada rakan setugas, tanpa menyedari diri sendiri juga adalah khadam.

Group 4, yang terdiri daripada lima jejaka harapan bangsa, dan lima wanita tiang negara, sedang rancak berbincang. Berbagai hujah telah diperdebatkan, berbagai hadis telah disanatkan. Namun kata putus masih belum lagi dapat ditemui.

Macamana ni, anak-anak ayam makin membesar, makan makin kuat, ayam dah tak cukup dua ratus ekor, dah short 7-8 ekor, ada yang dah terbunuh dipatuk member sendiri, ada jugak yang dah di makan biawak berkepala hitam. Dedak dah habis tujuh guni, nak sembelih kena tunggu dua tiga minggu lagi, kalau ikut belanjawan terkini, group kita ni dah mengalami defisit. Sedangkan kita semua ada objektif, nak jadi juara dikalangan para penternak ayam. Dah la tanam jagung kita tak juara, ayam kita mesti juara, untuk mengekalkan martabat kita di mata ramai. Barulah group lain respek sikit kat kita. Kata seorang kanak-kanak yang tak berapa hensem mukanya.

Macam ni lah, usul seorang yang perutnya agak boroi. Kita operasi!! Katanya dengan konfiden. Yang lain menganga. Beberapa ekor lalat telah masuk ke mulut…

****

Ketika matahari tinggi segalah, kelihatan berbondong-bondong lima wanita yang dipilih khas paling jelita serba-serbinya bertemu Pak Abas (arwah), untuk konon-konon bertanyakan beberapa permasalahan mengenai penternakan ayam. Pada masa yang sama, lima orang jejaka terhendap-hendap menjalankan operasi. Ketika para kaum ibu sedang mengelilingi Pak Abas dan bertubi-tubi mengajukan soalan, di stor penyimpanan dedak bersebelahan bilik Pak Abas kaum bapa sedang terbongkok-bongkok memikul dedak, guni besar punya. Kelihatannya ahli group ini walaupun kurus-kurus, tapi mampu memikul guni dedak dengan pantasnya. Segalanya selesai dengan aman, dan operasi berjalan dengan lancar.

***

Hujung semester itu, diumumkan group 4 menerima anugerah khas, walaupun kalah kepada group Landak untuk Juara Keseluruhan, iaitu group yang mempunyai rekod paling teratur dan kawasan paling bersih. Tetapi group 4 tetap berbangga, terpilih sebagai group paling produktif. Start ternak ayam 200 ekor, masa harvest 202 ekor, sebab menurut Norelah Md. Jali ada beberapa ekor ayam yang telah membiak dengan sendirinya. Rekod beli dedak paling sikit, tapi ayam secara keseluruhannya paling banyak dan berat. Sesungguhnya En. Rahman Ayam sungguh berbangga dengan group 4.

Friday, November 6, 2009

Bapak Ayam

Tadi aku operasi kecil-kecilan bilik aku, terjumpa buku rekod lama ini. Tapi sayang seribu kali sayang, 60-70% daripadanya dah musnah, dimakan anai-anai. Naik syahdu rasanya bila aku baca semula antara lembaran yang masih selamat tu. Rasa macam belum lama aje saat itu aku tinggalkan, masih jelas dalam kotak fikiran.

Pictures speak louder than words. Korang tengok la sendiri...





Wednesday, November 4, 2009

Serdang Drift

En. Rafaie termengah-mengah. Peluh jantan mengalir dengan deras di dahinya yang luas itu. Lariannya terhenti. Wak Sello (arwah) terjerit-jerit, suruh En. Rafaie lari balik. Ahh, lari balik. Celaka budak dua ekor ni, getusnya didalam hati. Harapkan pagar, pagar makan padi. Lariannya dimulakan semula. Dah le tengah puasa. Whoi, kau nak mammmpussss, sambil lari, sambil jerit, sambil mengah, sambil kepak semula dada depan makwe, kot boleh ejas tambah satu lagi.

Para kanak-kanak Dip Tani yang lain bukan nak tolong, ketawa guling-guling lagi ada lah.

Kelihatan nun jauh diufuk timur dua buah trektor sedang berlumba. Siap pusing-pusing keliling busut dan pokok di tepi padang golf itu. En. Rafaie jerit lagi, suruh budak dua orang tu berhenti. Jahanam budak ni, aku kata pakai gear kura-kura, entah bila pulak ditukarnya ke gear arnab ni. Masa depan aku tadi sikit punya sopan, dah jauh macam pelesit.

Dua tiga trektor yang di bawa kanak-kanak perempuan telah berhenti ke tepi, takut berlanggar trektor tengah berlumba. Yang tengah berlumba langsung tak perasan orang kat tepi dah jerit suruh balik ke base semula. Maklumlah, bunyi trektor tu kuat tak ingat, garang, mana nak dengar, lain le bunyi dia lembut macam suara Dr. Salleh Kadzimin. Lagipun zaman tu mana ada henpon, nak dating pun kena ketuk-ketuk botol. Kalo zaman tu ada henpon, senang le boleh SMS, mesti perasan punya.

Ntah macam mana, akhirnya budak dua orang sudah ter perasan yang seluruh ladang tengah aim dia.

Pelajaran memandu trektor dihentikan. Sebab dua orang, satu kelas kena hamun, dan diugut untuk digagalkan untuk subjek trektor. Semua sekali, bukan takat dua orang yang berlumba tu saja. Gelak ketawa dah hilang. Macamana nak ketawa, dah kena jemur kat tengah panas. Dekat satu jam jugak lah. Habis kena maki budak dua orang. Orang lain berlumba jugak, tapi jangan le nampak sangat. Lumba dengan budak perempuan dah le. Ini sungguh-sungguh berlumba, macam le dapat hadiah.

Minggu hadapannya, diwaktu dan tempat yang sama, dua orang budak yang dicap bersalah, telah terketar-ketar di khalayak ramai. Dihadapan para kanak-kanak Dip Tani, mereka telah menyampaikan ucapan minta maaf kepada pegawai ladang, siap buat surat rasmi lagi, siap ada kad hari raya lagi, complete dengan pantun lagi tu, minta maaf sungguh-sungguh mewakili seluruh kelas, jangan le gagalkan kami semua, mati saya kena pukul dengan bebudak yang lain nanti.

Para pegawai ladang terkejut, apahal budak dua ni. Mintak maaf apa ni. Ooooo, yang minggu lepas tu ke, kah kah kah, kitaorang pun dah terlupa, nasib baik ko ingatkan, kah kah kah, sambil ketawa ramai-ramai. Takpelah, sebab kau dah ingatkan, nanti aku gagalkan korang semua, kah kah kah. Pulakk. Budak dua orang dah konfuse. Yang ramai-ramai tu, lagiilah konfuse.

Tu lah para pegawai ladang kami, sayangkan anak, rotan rotan kan. Last week punya lah maki macam dah takde maaf lagi lah. Tak sampai berapa hari diaorang dah lupakan. Rupanya diaorang tu sayang kat kami rupanya. Tak paham, tak paham.