Friday, October 30, 2009

Sepetang Di Pinggir Bukit

Makanan ruji rakyat Malaysia adalah nasi. Ia berasal dari beras, dan beras berasal daripada pokok padi. Sementara makanan ruji ayam adalah jagung, dan jagung adalah berasal dari pokok jagung. Sampai hari ini aku masih tak berapa faham, kenapa kami para pejuang Dip Tani dikehendaki menanam jagung, yang bukan makanan ruji kami. Sampai dua semester pulak tu. Sepatutnya ayam lah yang kena tanam jagung, bukan kami, kelihatannya seperti ada konspirasi peringkat tertinggi yang dilakukan oleh para ayam terhadap kami. Tapi bukan itu ceritanya.

Jagung adalah sejenis tumbuhan monokotileon, nama saintifik Zea Mays saccharata, Dari family GRAMINEAE, satu family dengan rumput, lalang juga padi. Family GRAMINEAE sekarang ni telah ditukar nama kepada family POACEAE. Seperti komando, menanam jagung juga memerlukan kami berjuang diperbatasan. Bersenjatakan mesin Tasun sebagai pembuat furrow, dan mesin Kubota sebagai pembuat plough , untuk kasi gembur tanah. Tapi bukan itu yang nak di surahkan.

Satu hari dalam tahun 1993, entah baik punya taiming, atau mungkin juga atas konspirasi oleh para pegawai ladang, kami para pejuang Dip Tani telah diarahkan untuk harvest jagung ngam-ngam dipertengahan bulan ramadhan. Nak harvest sebelum bulan puasa, jagung masih putik, nak harvest lepas raya, jagung dah tua sangat, tak bleh nak makan. Jadi terpaksalah buat juga.

Group aku yang pompuan-pompuan ntah kat mana, tengah makan megi kat bilik kot, tinggallah yang jantan-jantan, aku, Kudult, Boroi dan Colort. Dari lepas subuh kitaorang dah berada diperbatasan. Matahari dah tegak di kepala, cuma beberapa baris saja yang telah setel. Banyak lagi ropanya yang nak kena buat.

Dari sebalik helaian daun pokok jagung, kelihatan beberapa group lain turut tengah berjuang. Juga kelihatan dari group masing-masing, kelompok asap naik ke atas. Tengah membakar jagung lah tu gamaknya. Group jiran, geng bebudak Third College, baik punya berkepul, mesti Landak yang jadi penyelaras majlis tu. Group budak Seventh lagi lah pulak, group paling hantu, besar punya kepulan, mesti Azhan tengah bakar ayam curi ni. Group aku ada juga bakar, tapi kecil-kecilan saja. Maklumlah, stok makanan banyak lagi, hundred plus dua botol besar disamping roti cap ntah hapa berperisa coklat. Cukuplah, supply tiga orang. Colort sebagai orang Rawa berketurunan ulamak, iman tebal, puasa.

Sekonyong-konyong datanglah satu akak tudung labuh naik motor menghala ke group kami nak beli jagung. Aku dgn Boroi yang gelabah telah menyorokkan semua makanan kedalam longgokkan jagung, yang setinggi busut jantan. Kudult sibuk padam asap. Setel. Colort sebagai orang yang sekufu dengan akak tudung labuh telah incas layan customer tu. Boroi dengan muka tersengih-sengih blah lebih awal, kengkonon nak pegi check pokok jagung, mungkin telah menjangkakan suatu yang buruk akan berlaku.

Akak tudung labuh nak jagung sekian ringgit, Colort pilihkan. Ntah kenapa agaknya, beliau telah berasa tak berapa puas hati, turun dari motor dan pegi pilih sendiri jagung yang berlonggok tu. Selak punya selak, dia sudah terpegang botol air hundred plus kami. Mata bertentang mata. Aku dengan Kudult sudah terlompat sambil menjerit sambil lari pecut keluar dari pondok, tak toleh belakang lagi, selamatkan diri masing-masing, nyorok celah pokok jagung. Kami terpisah. Kudult ntah kat belah mana menyorok. Boroi mungkin tengah meniarap agaknya.

Selang beberapa minit dengar bunyi motor dihidupkan, dan mula bergerak. Akak tudung labuh sudah blah. Kami bertiga keluar dari tempat persembunyian, muka tersengih-sengih tak tau nak buat macamana. Colort kat pondok tengah maki maki, ntah hapa yang dicarutkannya. Jahanam punya member. Menurut cerita Colort, lepas akak tu jumpa makanan kami, dan aku cabut lari, dia sudah kutuk sama Colort. Dia kata, biasalah dikk, kerja bulan puasa memang teruk, sambil jeling sinis ustazah. Colort tak tau nak jawab. Gugup. Mesti akak tudung labuh mati-mati tak caya kalau dia cakap dia puasa. Kami bertiga gelak gila babi kat Colort. Gelak takde maaf punya. Sampai hari ni dia tak puas hati.

8 comments:

  1. Al kisah...teringat kembali bila kau orang bebudak Dip Tani 1994 punya cerita..patutlah tengah kawasan jagung tu ada kesan terbakar..rupanya ada bebudak yang tak penuh puasa diorang sedang khusyuk membakar makanan ayam tu nak bagi kat ayam ke ....he he he
    ingat saya lagi tak....alah pegawai yang jaga pengairan tu sapa ekkk....cuba lah ingatkan x ingat pun x pe la...tak berdosa pun
    ok jumpa lagi nanti

    ReplyDelete
  2. wei akeh,
    korang je yg interframe dlm blog ni...,gambar landak tgh wheelie moto dia takde ker....hehehe...

    ReplyDelete
  3. kalau pegawai jaga pengairan ni...takde org lain dah, sure en. hasnol.

    hallo bro, dah akeh dgn gua je dlm contributor list, so kita org la interframe. kasi war2 sama samseng2 diptani94, contribute story kat blog ni.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah ada yg masih ingat kat saya yg dah nak asar ni..he he he ....Boss air la

    ReplyDelete
  5. JCL 6937..........I try to find out pic to share........

    Land-X

    ReplyDelete
  6. wei abg kip,

    nanti abg kip masukkan la pic pas present pojek pisang montel tuh....hahaha....


    -kay o-

    ReplyDelete
  7. teringat masa menjual sayur...kat MARDI, pasar malam..tapi kan..kerja mulia tu lah buat kita semua pandai buat kerja...dan merancang masa depan...dan apa yang membanggakan aku bila semua geng2 diptani dulu berjaya mendapat pekerjaan, walaupun grad selepas degree pada zaman kegawatan ekonomi yang teruk iaitu 1998...

    -Rafida-

    ReplyDelete