Monday, November 9, 2009

Kita Operasi!!

Hari masih muda, masih di awal pagi. Kabus belum hilang sepenuhnya. Kelihatan kanak-kanak Dip Tani dari pelbagai group sedang sibuk melayan anak masing-masing. Ada yang sedang memberi makan, ada yang sedang menyapu sampah, mengemas rumah, menukar lampin, mahupun memberi arahan kepada rakan setugas, tanpa menyedari diri sendiri juga adalah khadam.

Group 4, yang terdiri daripada lima jejaka harapan bangsa, dan lima wanita tiang negara, sedang rancak berbincang. Berbagai hujah telah diperdebatkan, berbagai hadis telah disanatkan. Namun kata putus masih belum lagi dapat ditemui.

Macamana ni, anak-anak ayam makin membesar, makan makin kuat, ayam dah tak cukup dua ratus ekor, dah short 7-8 ekor, ada yang dah terbunuh dipatuk member sendiri, ada jugak yang dah di makan biawak berkepala hitam. Dedak dah habis tujuh guni, nak sembelih kena tunggu dua tiga minggu lagi, kalau ikut belanjawan terkini, group kita ni dah mengalami defisit. Sedangkan kita semua ada objektif, nak jadi juara dikalangan para penternak ayam. Dah la tanam jagung kita tak juara, ayam kita mesti juara, untuk mengekalkan martabat kita di mata ramai. Barulah group lain respek sikit kat kita. Kata seorang kanak-kanak yang tak berapa hensem mukanya.

Macam ni lah, usul seorang yang perutnya agak boroi. Kita operasi!! Katanya dengan konfiden. Yang lain menganga. Beberapa ekor lalat telah masuk ke mulut…

****

Ketika matahari tinggi segalah, kelihatan berbondong-bondong lima wanita yang dipilih khas paling jelita serba-serbinya bertemu Pak Abas (arwah), untuk konon-konon bertanyakan beberapa permasalahan mengenai penternakan ayam. Pada masa yang sama, lima orang jejaka terhendap-hendap menjalankan operasi. Ketika para kaum ibu sedang mengelilingi Pak Abas dan bertubi-tubi mengajukan soalan, di stor penyimpanan dedak bersebelahan bilik Pak Abas kaum bapa sedang terbongkok-bongkok memikul dedak, guni besar punya. Kelihatannya ahli group ini walaupun kurus-kurus, tapi mampu memikul guni dedak dengan pantasnya. Segalanya selesai dengan aman, dan operasi berjalan dengan lancar.

***

Hujung semester itu, diumumkan group 4 menerima anugerah khas, walaupun kalah kepada group Landak untuk Juara Keseluruhan, iaitu group yang mempunyai rekod paling teratur dan kawasan paling bersih. Tetapi group 4 tetap berbangga, terpilih sebagai group paling produktif. Start ternak ayam 200 ekor, masa harvest 202 ekor, sebab menurut Norelah Md. Jali ada beberapa ekor ayam yang telah membiak dengan sendirinya. Rekod beli dedak paling sikit, tapi ayam secara keseluruhannya paling banyak dan berat. Sesungguhnya En. Rahman Ayam sungguh berbangga dengan group 4.

6 comments:

  1. dosa ni.... baik taubat kepada sesiapa yg berkenaan

    ReplyDelete
  2. silap info...wei. group aku yang menang. group 5. walaupun kekurangan ayam... **cinot***

    ReplyDelete
  3. Weii!! ayam lebih tapi tak curik...tu rejeki. Makanan ayam tu kita ambik la...bukan curikkk.....tu la pasal kena kacan hantu kat reban ayam. Hantu akeh!!

    ReplyDelete
  4. betul tu bang, rejeki namo eh tu.....
    makanan tu kita amik sbb ayam tu kelaparan...sian kat ayam2 tu, takut mati kelaparan...buat baik kat haiwan dpt pahala tu....betol tak kudut....hehehe...

    ReplyDelete
  5. eleh... sudah la ko orang

    ReplyDelete
  6. ayam............jagung
    jagung............ayam
    ayam...................jagung
    jagung...........................ayam

    .........menangis lecturer tu.
    teruk korang suma

    ReplyDelete